Perkhidmatan Kami
MOQ Rendah – Selamat – Cepat – Boleh Dipercayai – Berkesan
KONSULTASI
Dapatkan konsultasi secara percuma mengenai produk yang ingin dihasilkan.
FORMULASI
Hasilkan formulasi dan pengubahsuaian bersama pakar penyelidikan kami.
REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN PRODUK
Dapatkan reka bentuk produk yang menarik dan berpotensi untuk berada dipasaran.
UJIAN MAKMAL
Pastikan produk anda menggunakan bahan yang selamat dan mengikut piawaian.
PENGILANGAN
Hasilkan produk secara pukal atau dalam kuantiti yang tinggi hanya di kilang kami.
KHIDMAT PEMASARAN
Rancang cara pemasaran dan dapatkan tips pemasaran yang berkesan.
FOTOGRAFI
Dapatkan khidmat fotografi secara profesional bagi tujuan pengkomersilan.
PROSES PERKHIDMAT
Kami memberikan konsultasi secara mendalam dan merangka sesuai dengan permintaan pelanggan mengenai produk yang ingin dihasilkan. Bermula dari pemilihan bahan yang bersesuain, kos pembuatan produk, reka bentuk pembungkusan sehinggalah cara produk dipasarkan.
Kami akan memberikan sampel atau contoh produk kepada pelanggan mengikut konsep yang telah dibincangkan. Sebarang penyesuaian akan dilakukan mengikut maklum balas pelanggan sehingga mendapat pengesahan.
Pakar reka bentuk kami akan merancang sesuai dengan dengan konsep pelanggan. Walaupun demikian, pelanggan berhak untuk merangka pembungkusan produk sendiri.
Setelah token diperolehi, kami akan meneruskan pendaftaran NOT Produk dengan pihak NPRA. Ujian Makmal dan analisis produk boleh didapati atas permintaan pelanggan.
Selanjutnya, kami akan meneruskan pembuatan produk mengikut prototaip dan kuantiti yang telah dipersetujui. Produk akan dikeluarkan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Setelah melalui proses kawalan kualiti (QC) dan kualitas produk terjamin, kami akan memasukkan produk ke dalam kotak. Fasa Akhir, produk yang telah siap sedia dihantar kepada pelanggan.